29 Mar 2012
27 Mar 2012
Al-Quran Ini Ada Kelebihan

Al-Quran ini turut menghuraikan maksud-maksud yang terkandung iatu istilah-istilah dan tanda-tanda wakaf dalam al-Quran bagi memudahkan pembaca memahami penanda-penanda yang lazim digunakan di dalam al-Quran yang turut menerangkan tempat ayat yang dibaca dengan Riwayat Hafs Tariq Syatibi dan ia mempunyai 2 warna pilihan yang menarik untuk dipilih.
Harga: RM
Kod Produk: TBAQ1001
Jenis : 2 warna (Biru & Merah)
Saiz: 21.4 x 29.2 (cm)
Cetakan: 4 Warna
Mukasurat: 640 ms
Bookmark : 5 x 19 ( cm )
Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa
Tajuk : Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa
Pengarang : Ustaz Azhar Idrus
Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd
ISBN : 978-967-366-102-2
Mukasurat : 200 Halaman
Status Stok : ADA
Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Kini ia dibukukan bagi dikongsikan jawapannya kepada tuan puan.
26 Mar 2012
PERKAHWINAN RUMAHTANGGA

Rumahtangga adalah satu laluan ke arah kematangan. Pada hidup berumahtangga itulah adanya segala rencah kehidupan; manis, gembira, bahagia, terasa, sedih, marah dan sebagainya. Segala mehnah dan cabaran yang dilalui akan membentuk seseorang itu menjadi manusia samada lebih baik iaitu cekal, berdikari, sabar dan matang atau sebaliknya iaitu menjadi seorang yang negatif dengan sifar pemarah, berputus asa dan pentingkan diri sendiri.
Teras utama yang akan menjamin kesinambungan dan keberkatan sesebuah rumahtangga adalah paksi agama yang kukuh. Sikap yang positif dan disenangi pasangan, pasangan yang sekufu serta kewangan keluarga yang kukuh menjadi faktor penyokong untuk merealisasikan rumahtangga yang tenang dan bahagia.
Buku "Perkahwinan & Rumahtangga: Syurga yang Disegerakan" ini merupakan satu buah tangan yang cukup berharga bagi mana-mana individu atau pasangan yang bakal berumahtangga atau yang masih sendiri tetapi ingin mempersiapkan diri sebelum saat yang dinantikan itu tiba. Buku ini mengupas secara ringkas namun padat tentang tajuk-tajuk penting yang merangkumi hal-hal sebelum berumahtangga iaitu tentang memilih calon, perihal akad nikah dan majlis perkahwinan serta kehidupan setelah berumahtangga iaitu tentang adab hubungan suami isteri, menimang anak, akikah, bersunat dan tidak ketinggalan tentang merancang kehamilan anak.
Semoga buku ini menjadi rujukan yang utama kepada masyarakat di luar sana yang bercita-cita untuk membina rumahtangga yang diberkati Allah. Rumahtangga yang bahagia akan menjadi syurga dunia bagi ahlinya. Amin.
Harga: RM30.00
Hikmah Kejadian Air
Hikmah Kejadian Air. Apa yang ingin dipaparkan di sini, ialah bukti penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang pakar air dari Jepun. Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut. Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak, pada tahun lepas pernah menceritakan penemuan ini.
Beliau memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air dari Jepun di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah ditunjukkan melalui slaid, contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini diambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke rupa hodoh dan mengeru seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.
Suatu ketika, apabila ditunjukkan rupa air yang cantik bercahaya, molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah disoal pakar air tersebut tentang asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin air Zam-Zam. Dan sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut.
Kemudian beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka dikehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila ditunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina ( dengan janggut yang panjang dan perut buncit ).
Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut dibacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah. Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini.
Air juga merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya mengunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jampi. Seperti mana yang pernah diamalkan Rasulullah, dan diikuti oleh ulama-ulama Islam, para ustaz, para imam. sumber : http://www.myspace.com/hormatinsan/blog/1998970

Indahnya waktu magrib ciptaan Allah
Anda boleh lihat sendiri, pemandangan indah ciptaan Allah di tempat anda. Hayati keindahan alam ini, moga memberi keinsafan pada kita.
Solat di Masjidil Haram
Solat di Masjidil Haram. ANTARA nikmat yang paling besar bagi umat Islam adalah peluang atau kesempatan berada pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Ia juga digelar Syahrul Quran kerana di dalamnya diturunkan al-Quran pada 17 Ramadan. Tiada lafaz yang lebih bermakna selain alhamdulillah sebagai tanda bersyukur yang amat sangat ke hadrat ilahi yang memanjangkan usia kita sehingga dapat sekali lagi bertemu bulan Ramadan.
Antara perkara sunat yang semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia pada Ramadan adalah mengerjakan umrah. Manakan tidak, ganjaran pahala yang begitu besar menjadi tarikan kepada mereka yang berkemampuan.
Ia sebagai mana sabda Nabi Muhammad SAW yang maksudnya: Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji. (riwayat Bukhari)

Ku Temui CintaNya
Ku Temui CintaNya. Sebuah novel yang menceritakan tentang pengalaman seorang pemuda yang mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitnya. Sehinggakan dia tersasar daripada agama dengan berjumpa bomoh dan pengamal perubatan yang tidak masuk akal. Lebih malang lagi, dalam masa yang sama pemuda ini telah tersilap langkah dalam percintaan yang bertuhankan kecantikan sehingga akhirnya dia menanggung kekecewaan akibatnya.
Saksikan pengalaman menarik beliau sehinggalah beliau menemui jalan dan cinta yang sejati.
Nama Penulis: Dr Farhan Hadi Mohd Taib
Kedai Buku Ajmal Online

Kami di kedai bukuajmal menawarkan buku-buku ilmiah, pendidikan dan agama untuk rujukan dan pembacaan anda sekeluarga. Terima Kasih
Saiful Bahari
http://bukuajmal.blogspot.com/